header image

Aplikasi internet dalam pendidikan

Posted by: | Januari 11, 2012 | No Comment |

(a) Komunikasi

Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan denganmeluas. Selain itu,listservs, Newsgroupsdan, Chat juga merupakan perkhidmatan internet yang membolehkan kita berkomunikasi. Sesiapa  sahaja boleh berkomunikasi antara satusama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Melalui kajianHampton (2000) terhadap 40,456 responden di Amerika Syarikat. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara penggunaan e-mel. Kajian menunjukkan semakinkerap seseorang menggunakan internet maka semakin kerap mereka berhubung dengan rakanatau -saudara melalui e-mel. Ini jelas menunjukkan penggunaan e-mel dapat membentuk isolasi masyarakat.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

i.Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

ii.Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakangnegara mengenai berbagai isu semasa.

iii.Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melaluikomunikasi dengan rakan pena di luar negara.

iv.Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara “on-line”.

 

(b) Perolehan Maklumat

Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru dan pelajar dalaminternet. Maklumat tersebut tersedia dalam Web dalam bentuk pangkalan data, dokumen,maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer.Kebanyakannya adalah maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan dapat dicapai dengancepat. World Wide Web, juga digelar Web atau WWW adalah aplikasi internet yang berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau antaramuka pengguna yang sama (Ahmad Zaharim, 2000).Web juga mampu menggabungkan audio, video dan juga animasi dalam satu dokumen yangsama. Oleh itu, dokumen Web boleh dianggap sebagai sebuah dokumen multimedia. Ia juga adalah dokumen hiperteks yang mengandungi pautan ke dokumen-dokumen lain atau lokasilain dalam dokumen yang sama. Dokumen hiperteks ini ditulis mengikut format atau bahasayang dikenali sebagai Hypertext Markup Language (HTML). Gabungan multimedia danhiperteks ini menjadikan Web sebagai satu aplikasi hipermedia yang unik.Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam internet meliputi pelbagai kategori dariseluruh dunia. Maklumat-maklumat ini sentiasa dikemaskini supaya maklumat yangdipaparkan sentiasa terkini dan tepat. Maklumat ini berbeza dengan meklumat dari buku yang jarang dikemaskini. Maklumat-maklumat yang boleh diakses ini memudahkan guru dan pelajar mencari maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Malah guru yangkreatif boleh membina laman web sendiri bagi memudahkan pelajar mengaksesnya bagitujuan pembelajaran subjek yang diajar. Menurut Collis & Anderson (1995) akses internet disekolah-sekolah memberikan faedah yang tidak bernilai kepada pelajar.

c) Penyiaran Maklumat

Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet. Proses penyiaran melaluiinternet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan saluran tradisional. Hasil kerja pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet supaya seluruh dunia dapat membacanya ataumembuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan. Kreativiti dan inovasiguru juga dapat dipaparkan melalui internet bagi pembangunan dan pengembangan kerjayaseseorang guru dalam bidangnya. Dengan adanya penyebaran maklumat secara global ini, ia juga dapat menaikkan lagi nama sesebuah institusi pengajian.

(d)Pembelajaran interaktif dalam talian

Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dandiakses secara jarak jauh. E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaranyang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisisatelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran.Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipiliholeh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaransecara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. P elajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard . Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauhmenyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:

i.Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.

ii.Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti danmasa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G.

iii. Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti,kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualititanpa berpindah lokasi.

iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer,rakaman pita video dan lain-lain.

v. Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya,menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpulmaklumat dan membangunkan kemahirannya.

 

 

Impak pembelajaran secara e-learning

 

Penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaranseumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learningtidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampumenambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaituExploration, Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.

(e) E-Library

Merupakan perpustakaan online yang berisikan 800 juta maklumat ilmu pengetahuan yangsangat berguna khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan perpustakaansecara maya ini boleh diakses seluruh dunia. Ia membolehkan para guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan dan maklumat untuk projek atau penyelidikan bagi meningkatkan inovasidan kreativiti guru dan pelajar dalam sesuatu bidang yang diceburi. Jurnal-jurnal dan teks-teks elektronik banyak membantu pembelajaran ke arah meneroka maklumat mengikutkehendak individu secara interaktif.

(f) EdukasiNet 

 

Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek. Kumpulan beritadan secara perbincangan secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mel secara berkesan. Pelajar dan pengajar boleh berkongsi sebarang maklumat tanpa batasandalam bidang-bidang khusus mereka. Terdapat beribu-ribu kumpulan perbincangan yang boleh disertai oleh pendidik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan.Aplikasi IRC ini juga membolehkan komunikasi dua hala dilakukan antara dua atau lebihorang pengguna.

(g) Pindahan fail (FTP)

 

FTP adalah kaedah menggunakan internet bagi menyalin satu fail dari satu komputer ke satukomputer yang lain. Ia dapat dilaksanakan dengan menggunakan arahan UNIX, denganmenggunakan perisian FTP yang khas atau menggunakan perayauan FTP seperti Netscape,Internet Explorer dan sebagainya. Memunggah simpan fail kini sudah menjadi mudah dansemakin kerap dilakukan orang semasa menggunakan Netscape/Explorer atau enjin carianyang lain. Kebaikan FTP adalah segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesebuahserver (di mana-mana institusi pengajian/kolej) boleh dipindahkan ke komputer peribadisamada yang terdapat di sekolah mahupun di rumah tanpa sebarang perubahan dan dalam proses pemindahan yang singkat. Kemudahan dalam maklumat ini banyak membantu pengajar dan pelajar merealisasikan proses P&P dengan lebih berkesan dan efektif. Pada hariini ada maklumat dapat dimuat turun secara percuma dan berbayar bergantung kepadateknologi semaa, kepentingan dan pengolahan bahan tersebut dalam internet.

(h) Telesidang Video

Pembangunan terkini yang berlaku dalam pendidikan adalah berasaskan video yang dikenalisebagai video interaktif dua hala. Teknologi ini boleh menghantar dan menerima maklumatdari lokasi-lokasi yang dilengkapkan dengan kamera, mikrofon dan monitor video. Kaedahtransmisi menggunakan peralatan seperti satelit, gelombang mikro, kabel, gentian optik atautalian telefon digital yang dapat menghubungkan antara dua lokasi atau lebih. Melalui penggunaan video interaktif ini membolehkan seorang pengajar pakar yang berada dalamsatu lokasi mengajar pelajar-pelajar yang berada dalam lokasi yang berlainan dan jauh antarasatu sama lain.Menurut J. Maki (2001), menyatakan penggunaan telesidang video ini menyelesaikanmasalah dalam P&P, walaubagaimanapun penggunaannya memerlukan perancangan danlatihan yang rapi supaya perancangan mengajar adalah lebih berkesan dan efektif. Telesidang juga membolehkan pendidik dan pelatih mempersembahkan maklumat yang ditayangkan pada skrin televisyen di lokasi pedalaman. Peserta boleh melihat apa yang sebenarnya berlaku dan berinteraksi dengan orang pada lokasi yang dihubungkan itu

under: Pendidikan

Teknologi internet adalah merupakan kombinasi antara teknologi komputer dan komunikasi.Teknologi ini telah berkembang dengan pesat dan memberi impak kepada pendidikan dalam pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web, mel elektronik,forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.Teknologi multimedia interaktif menerusi web pula adalah fenomena baru yang semakinmendapat perhatian ramai. Pengintegrasian antara kedua-dua teknologi membawa perubahandalam penggunaan teknologi dan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan media adalah bermaksud penggunaan alat dan bahan yang membawa mesej ataumaklumat isi pelajaran yang direkabentuk untuk pengajaran pelajar. Contoh media pengajaran adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM, cakera padat, internet,komputer, VCD, papan putih, DVD, mikrofon dan realia. Internet adalah punca kepada ICTini.Kajian (Rafie, 1994) mendapati bahawa ransangan media bercetak dan gabungan media dapatmeningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan.

under: Multimedia

Aktiviti pembelajaran internet

Posted by: | Januari 9, 2012 | No Comment |

Teknologi membantu pelajar dalam pembelajaran aktif, konstruktif, autentik, bermatlamatdan koperatif. Di antara aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan internet adalah sepertiyang berikut:

  1. i.                    Menyokong ujikaji saintifik 

Internet digunakan sebagai alat bagi memudahcarakan perayauan pengetahuan oleh pelajar.Perayauan menjadi efektif apabila pelajar mengetahui dengan jelas tujuan ia membuat perayauan, tujuan mencari maklumat ialah untuk menyelesaikan masalah (pembelajaranseperti  Problem Based Learning ). Sejumlah 192 projek R&D berkaitan dengan ICT bernilaiRM46 juta diluluskan di bawah Program Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan(IRPA). Penggunaan internet juga membantu penyelidikan khususnya di dalam pembangunanICT negara di mana 27 projek berkaitan ICT berjumlah 28 juta juga telah diluluskan di bawahSkim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Industri (IGS).

  1. ii.                  Merekacipta laman web

Membina pengetahuan yang melibatkan pengumpulan idea baru, membandingkan ideadengan struktur sedia ada, mengenalpasti dan memperbaiki perbezaan pendapat di antara apayang telah diketahui dan apa yang sudah diketahui, dan mengubahsuai pendapat yang sediaada jika diperlukan. Papert (1990) menyatakan bahawa cara untuk membina pengetahuanialah menyokong pembinaan artifak fizikal, iaitu membina pengetahuan melalui pembinaan benda. Justeru itu, membina laman web merupakan aktiviti kontruktivitis yang melibatkan pelajar dalam hakcipta rekaan sendiri dan kesan penerbitan.Para pengajar juga boleh merekacipta laman web bagi proses P&P. Kaedah laman web inimasih dianggap baru bagi sesetengah institusi pengajian berbanding dengan kaedah kuliahyang telah digunakan sejak sekian lama. Kaedah pengajaran melalui laman web ini adalahkaedah pengajaran yang melibatkan pemerhatian dan membuat. Dalam hal ini, pelajar akanmemerhati laman web yang disediakan menerusi monitor komputer bertalian internet dengancara membaca serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat ataumembuat penyalinan.Secara pedagoginya, laman web dapat menyediakan bahan kuliah yang terancang sejajar dengan keperluan tajuk dan kurikulum. Kebaikan pembelajaran menerusi laman web adalah:-

 

  1. Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran pengajar ketika atau selepas kuliah.
  2. Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel.
  3. .Menggalakkan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran.
  4. .Menyebarkan maklumat kuliah supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana-manasahaja dengan menggunakan teknologi internet.

 

  1. iii.                Menyokong pembinaan pengetahuan sosial melalui komunikasi pakatankerjasama.

 

Internet merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi banyak topik menarik yang boleh dirayau oleh pelajar tanpa batasan dan had untuk mencapai maklamatdalam pembelajaran mereka. Hanya pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mengikuti matlamat pengajaran, serta pandai membuat keputusan sahaja yang akan mendapati penggunaaninternet ini merupakan satu sumber pembelajaran yang mengagumkan.

  1. iv.                Mentor siber : Komunikasi melalui internet

Internet menyediakan pelbagai cara untuk berbincang tanpa sempadan tempat atau negara.Melalui internet pelajar boleh berbincang tentang apa yang telah dipelajari, memperkayakan pemikian input yang disumbangkan oleh pelajar lain. Contohnya organisasi yang dikenalisebagai Bike About menyediakan hubungan pembelajarantentang orang dan tempat dengan menghantar satu pasukan berbasikal untuk berkongsi pengalaman dengan sekolah-sekolah di serata dunia dan melalui pelbagai cara.

 

 

 

 

 

under: Internet

Pengenalan

Posted by: | Januari 9, 2012 | 1 Comment |

 

Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran ICT.  Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.

 

 

under: ICT dalam pendidikan

Categories